ketika cinta bertasbiih

Thursday, January 27, 2011

Cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf

       Aku terfikir untuk menulis cerita tentang cinta zulaikha ni sebab ak da bnyak kali mndengar kawan2 ak bercerita tentangnye tetapi x pernah mengetahui dgn lebih lanjut mengenai cinta Zulaikha dgn nabi Yusuf ni.Lepas tu plak bile ak tonton cerita 'syurga cinta' lagi la memberontak hatiku ni untuk mensearch cerita ni...

        Begini ceritanya  Zulaikha ialah isteri pembesar Mesir, Al Aziz. Beliau seorang yang sangat cantik dan memiliki sifat-sifat kemuliaan, tetapi, tidak mempunyai anak.
Suatu hari, Al Aziz membawa khabar gembira iaitu terdapat seorang budak yang dibelinya dari seorang saudagar yang menemukan budak itu dalam sebuah perigi. Demi terpandang sahaja Zulaikha kepada anak itu, beliau terasa sungguh gembira dan bahagia. Hidupnya gembira dan ceria dengan kehadiran anak angkat mereka, Yusuf.

Yusuf membesar dengan wajah yang tampan, bertubuh sasa dan berbudi pekerti. Bertambah-tambah rasa kasih Zulaikha terhadap Yusuf bukan setakat kasih sebagai ibu angkat tapi, telah bertukar kepada c i n t a . Suatu malam dikenakannya pakaian yang indah dan menawan bertujuan memikat hati si Yusuf sementelah si suami menjalankan suatu urusan rasmi lalu si isteri menuju ke bilik Yusuf. Yusuf berkali-kali menolak pelawaan Zulaikha dengan mengingatkan tentang dosa. "Sungguh cantik matamu" puji Zulaikha kepada lelaki yang tertampan di dunia yang dicipta Allah itu. "Mataku akan pertama terkeluar setelah badanku dimamah tanah" demikian jawab Yusuf. Maka terjadilah adegan yang telah kita selalu baca dalam Al Quran. Yusuf berlari dan Zulaikha menyentap baju Yusuf dengan kuat dan terkoyak. Ketika itu si suami pulang dan terlihat apa yang sudah terjadi. Memang Zulaikha didapati bersalah tetapi Al Aziz meminta perkara itu dirahsiakan.

Tetapi, peristiwa itu tersebar luas di bumi Mesir sehingga para wanita sibuk menceritakan hal itu. Zulaikha berasa marah lalu menjemput banyak kaum wanita ke kediaman mereka dan menjamu mereka. Ketika itulah Yusuf disuruh keluar, dan demi terpandang sahaja wajah Yusuf, maka, kaum wanita itu tidak terasa memotong jari jemari sendiri oleh ketampanan si Yusuf.

Keengganan Yusuf menyahut seruan Zulaikha menjadikan Zulaikha meminta suaminya memenjarakan Yusuf. Sebenarnya Zulaikha sangat sedih dan berdukacita setelah Yusuf dipenjarakan kerana rasa cintanya terhadap Yusuf begitu mendalam. Zulaikha berdukacita sepanjang Yusuf di penjara.

Masa berlalu (ringkaskan cerita), Yusuf dilantik menjadi raja Mesir kerana kebijakannya mengurus masalah ekonomi Negara Mesir dan baginda juga dilantik sebagai seorang Rasul. Zulaikha sudah menjadi wanita tua, buta dan ada riwayat mengatakan beliau telah hilang fikiran. Ada juga syair yang menulis Zulaikha sentiasa mengharapkan walaupun debu-debu berterbangan dari Yusuf singgah kepadanya, dan sentiasa menyebut-nyebut nama Yusuf. Nabi Yusuf tidak mengenalinya dan merasa malu namanya disebut-sebut begitu. Tapi, malaikat Jibril memberitahu, dia sendiri menyintai wanita itu kerana dalam diri wanita itu mengandungi cinta yang amat besar kepada Nabi yang sangat dicintai olehnya (Jibril) Kerana cinta Zulaikha yang agung itu menjadi malaikatpun mengasihi Zulaikha. Dengan mukjizat Nabi Yusuf alaihissalam, Zulaikha menjadi muda kembali, dan baginda mengahwini Zulaikha...
        
Sungguh hebat cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf sehingga tidak terucap dgn kata2,begitu tinggi dan mendalamnya cinta mereka sehingga tidak dapat kubayangkan..Memang ku akui cinta itu sungguh indah jika kita betul2 tulus dan ikhlas mencintai seseorang itu.Mana tau keajaiban mungkin berlaku jika cinta kita itu betul2 tulus seperti cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf.....


p/s:Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,andai diri tak sehebat SULAIMAN.mengapa mengharap teman setampan YUSOF,jika cinta tidak setulus ZULAIKA.tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM,andai iman xsekuat HAJAR.Tidak perlu mengharap Kasih Seperti Khadijah jika diri tidak semulia Muhammad...

Followers